Thursday, June 25, 2009

Concrete Slab -Part 2

3. Petua nak dapat corak yang cantik dan sensasi ialah pilih daun yang ada urat-urat daun yang agak tebal atau kasar. Letak daun atas simen slab yang separuh kering...kalau dah kering susah plak nak lekat daunnya.....sambil letak daun sambil kontrol cun...kalau tak slab pun nampak tak cun!

Concrete Slab...Edisi Terhad Musim Bunga 2009!

1. Hari ni sampai awal pagi betul dari JB. Petang tadi TKI (tenaga kerja Indonesia) buat concrete slab. Org selalu beli je tapi kalau rajin memang boleh buat sendiri...

2. Saiz slab ni 1' x 1'. Tuang simen dalam acuan kayu dan nak kasi edisi terhad musim bunga 2009 letak daun macam gambar kat atas...daun tekoma ada, daun ubi ada, daun macam-macam ada....

Friday, June 19, 2009

Abah Saya - Haji Sulaiman Bin Haji Abdul Aziz



1. 20/06/2009 Hari Bapa (saya tak panggil Bapa tapi Abah!).
2. Selalunya hari Sabtu abah pergi pasar malam, jadi boleh la saya beli my favourite jagung rebus....tapi....dah lepas Isyak ni, abah tak keluar pegi pasar pun lagi....(tak nak keluar bilik lah macam ni!)
3. Malam tu pukul 10 lebih, abah menjinjit satu plastik merah berisi jagung rebus yang dah tak berapa panas lagi...apalagi saya pun baham je la...
4. 19 tahun selepas itu, baru terfikir..pasar malam tu kalau lepas Isyak peniaga dah siap2 kemas bungkus nak balik...jam 10 dah clear la jawabnya tapi macam mana Abah boleh dapatkan jagung tu ye?
Moral of the story - seorang ayah akan berusaha apa sahaja untuk menggembirakan dan membahagiakan anak-anaknya.....tak kira siang, malam, penat, susah, senang...

Wednesday, June 3, 2009

My Boss & I

when i take a long time, i am slow...
when my boss takes a long time, he is thorough...

when i don't do it, i am lazy...
when my boss don't do it, he is too busy...

when i do good, my boss never remembers...
when i do wrong, he never forgets...

Kota Ngah Ibrahim


1. Bukak Facebook, alamak ade gambar muda-muda dulu la pulak, terus save (tenkiu Izham Ghani). Kitaorg tinggal kat tingkat atas muzium ni semasa buat resources. Tingkat bawah penuh la brg2 antik termasuklah tempat pancung kepala org!

2. Mana saya? Barisan paling atas, tiga dari kanan. Pakai spek hitam!

3. `Wei Elva! Ngko nak gi haji ke?', Abe tegur. `Besar sangat ke beg ni?' , dalam hati cakap. Almaklumlah, jenis sehari mesti tukar baju lain-lain, so kalau gi resources tu seminggu, punya la banyak nak kena bawak, betul kan?

Marhaban di rumah arwah Embah Air Hitam



1. ' Esok nak makan ape mak time marhaban? ', `Beli roti canai aje la, wak nak buat mee, nti sampai rumah ni diaorg dah kenyang kot', Mak pon jawap.
2. Esoknya roti canai di sponsor oleh Paman. Menunya- Roti canai, kuih raya dan air teh susu dan air gas . Nyum...nyum...






Irfan dan Ayahnya


1. Ayah Irfan sedang mengambil gambar bukti kecederaan Ifran. Kenapa tu? Abah tanya...mak pon jawap...Laa dia main suis seterika, gosok baju abah tadi la...kena la jari dia....
2. Irfan pun dengan penuh bergaya menangis berjam-jam sampai dah tak larat nak nangis nampak gayanya...tapi tetap nangis! (nampak orang, sambung nangis...) Lama-lama ok je pon! kekeke

Ikhwan dan Emak





Ikhwan yang comel...


1. " Anak Ijal yang ini diam aje, malam2 dia tido dengan emak, bagus Ikhwan ni", kata emakku berulang-ulang di corong telefon dan semasa saya balik bercuti kat Port Dickson.

2. Dalam hati-'Iyolah Mak, Mai dah tau le, mak dah ulang banyak kali, Ikhwan memang diam dan tak banyak kerenah pon...'

Mee Kari Kasih Sayang...kuakuakua





















Kalau mak tengok Mai buat mee ni mesti tergolek2 pengsan kot! Tak caya anak dia boleh masak..


1. Tahun ni nak pegi mana ek? Macam nak pegi Jepun ada, pegi Australia pun ada. Tapi tengok budget dulu la ...

2. Masa muda (muda ke?) dan belum banyak sangat komitmen ni la time elok nak pegi jalan-jalan, betul ke?

3. Buat mee kari, letak macam2 ! Puas hati makan tapi tak habis pulak... Nampak sedap tapi memang sedap pun...(kes puji diri sendiri la ni!)